Thursday, 22 September 2016
penyelidikan kajian tindakan
maka, bermulalah kisah hidup di akhir pembelajaran di institusi ini. satu tugasan yang arggghhhhh...tahan tahan...sikit lagi...sabar sabar...bermula hari ini...tarikh post ni...bermulalah perjuangan untuk sisa-sisa terakhir di sini..fokusnya...penyelidikan kajian di sekolah terpilih...murid terpilih oleh penyelidik melalui pemerhatian, senarai semak dan borang kaji selidik. SENANG? tak semudah ungkapan...SUKAR? tak cuba mana tau, kan?hari ni....persediaan prakajian 1 telah siap...esok pelaksanaan...wish me luck!
Thursday, 5 February 2015
Pesanan Anakanda
papa: papa nak g belajar dah ni....
anak: ermmm
papa : nt papa balik ye....
anak: ok....nt papa ambik cite umizoomi lg...cite baru...banyak22
papa: ha...nt papa ambik banyak2 cite ye...
anak: ok...ambik banyak2
***anak baru nak belajar...pesanan ajela dapat...papanya pun tengah belajar...moral...sama2 belajar...hihihihi
anak: ermmm
papa : nt papa balik ye....
anak: ok....nt papa ambik cite umizoomi lg...cite baru...banyak22
papa: ha...nt papa ambik banyak2 cite ye...
anak: ok...ambik banyak2
***anak baru nak belajar...pesanan ajela dapat...papanya pun tengah belajar...moral...sama2 belajar...hihihihi
Tuesday, 3 February 2015
Teknik Mudah Cetak Sijil-Sijil Program
1 Isikan Maklumat di Excel
Buka Excel dan mulakan mengisi nama peserta dan nombor kad pengenalan peserta di dalam perisian tersebut. Isikan pada lajur menegak yang pertama untuk nama dan lajur menegak kedua untuk nombor kad pengenalan.
Setelah selesai menaip maklumat-maklumat tersebut, anda boleh menyimpan (save) di desktop dalam format Excel Workbook untuk memudahkan carian. Cara lain selain menaip semula nama dan nombor kad pengenalan peserta adalah dengan kaedah copy dan paste. Ini lebih mudah dan cepat.
2 Buat Reka Bentuk Sijil di Word
Bina satu reka bentuk sijil di Word dan pastikan ianya mempunyai ruangan untuk nama dan nombor kad pengenalan peserta tersebut. Boleh rujuk contoh reka bentuk yang saya siapkan di bawah.
Pastikan jarak ruangan untuk nama cukup luas kerana perlu diingat ada nama peserta yang mempunyai bilangan aksara yang banyak.
3 Gunakan Arahan Mailing di Word
Klik pada Mailing di Word (cari bahagian atas) dan klik pada klik select receipients. Kemudian klik use existing list. Kemudian anda akan mendapat paparan windows baru yang meminta anda untuk select data source. Di sini anda hanya perlu memilih file excel mempunyai nama dan kad pengenalan peserta yang telah anda simpan di desktop.
Setelah memilih file yang anda simpan tadi, klik open.
Select sheet1.
4 Menggantikan Nama Peserta di Ruangan Nama
Setelah memilih lokasi data, hanya perlu menggantikan nama peserta di ruangan nama dan no kad pengenalan peserta di ruangan no kad pengenalana.
Langkah yang mudah, hanya highlight nama di reka bentuk sijil dan klik pada insert merge field.
Lakukan perkara yang sama untuk ruangan kad pengenalan. Setelah selesai anda boleh klik pada preview results.
Anda kini boleh menyemak nama dan nombor kad pengenalan peserta dengan hanya klik pada anak panah biru di sebelah preview result. Untuk mencetak, hanya klik pada finish & merge dan klik pada print document.
Jika anda dapati terdapat kesalahan pada nama atau no kad pengenalan, anda hanya perlu ubah di data Excel sahaja. Kedah yang sama juga boleh digunakan untuk anda mencetak kad jemputan, surat penggilan mesyurat PIBG dan lain-lain lagi. Semoga info ini memberi menfaat kepada anda.
Monday, 26 January 2015
Hati Kecilku Terguris
Ya Allah berikanlah hambaMu ini kekuatan hati untuk menempuh dugaan kecil yang hadir dalam diri ini...jikalau dugaan yang hadir ini disebabkan kesalahan-kesalahanku yang lalu aku mohon padaMu agar berikanlah nur agar dapat ku kembali ke jalanMu...
Wednesday, 19 November 2014
DOA TAHAJJUD
Ya Allah, Engkau masukkanlah aku kedalam golongan hamba-hamba Mu yang mendapat kurnia dan ganjaran dari kemurahan Mu dan kurniakanlah kepada aku setiap kebaikan yang ada didalamnya.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku,ampunkanlah dosa adik beradik ku, ampunkanlah dosa ahli keluarga ku, ampunkanlah dosa guru-guru ku, ampunkanlah dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon apa yang telah dipohon oleh Rasulullah saw dan aku meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw.
Ya Allah, aku pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa aku kearahnya. Selamatkanlah aku Ya Allah dari sebab-sebab yang boleh membawa aku ke neraka.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sahajalah yang mengetahui segala kelemahan diri ku zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku, supaya aku dapat memperbaiki diri ku, tambahkanlah Ya Allah kepada ku ilmu, iman dan amal, hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam…
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, keluarga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati ku, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati ku, selamatkanlah hati ku ini dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah aku dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati ku.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan KerajaanMu dan masa depan ku di akhirat nanti.
Ya Allah, jadikanlah aku ini hamba Mu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya, berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala apa yang Engkau perintahkan dan meninggalkan segala apa yang Engkau larang.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari masa depan ku di akhirat nanti dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan ku selepas mati...
Ya Allah, Engkau hidupkanlah aku dalam iman dan matikanlah aku dalam iman, selamatkanlah iman ku dari segala gangguan syaitan semasa aku menghembuskan nafas yang terakhir.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur ku salah satu taman dari taman-taman Syurga, selamatkanlah aku ya Allah dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur ku itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah aku ya Allah semasa berada di Padang Mahsyar dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang mendapat bayangan naungan ‘Arasy Mu.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku dan maafkanlah kesilapan ku zahir dan batin. Semasa aku dijalankan hisab, hisabkanlah aku ya Allah dengan hisab yang paling ringan, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku Nabi Muhammad saw.
Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.
Ya Allah, berilah kesempatan kepada ku meminum air dari telaga al Kauthar, selamatkanlah aku ya Allah semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.
Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam Syurga Mu, bersama-sama orang-orang yang memasuki ke dalamnya.
Ya Allah, perkenankanlah permohonan ku ini ya Allah, mustajabkanlah doa ku ini dengan berkat nabi ku Nabi Muhammad saw dan dengan berkat amalan ku yang ikhlas.
Ya Allah, Jadikanlah aku dari kalangan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketetapan Mu, sentiasa bersyukur diatas setiap nikmat pemberian Mu dan sentiasa bersabar diatas setiap ujian Mu sehingga aku tidak meminta Engkau segerakan pekara yang Engkau kemudiankan dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau segerakan.
Ya Allah, Engkau tetapkanlah I’tikad ku bahawa
Allah Tuhan ku.
Muhammad itu utusan Allah dan nabi ku
Islam itu agama ku
Al-Quran itu panduan dan ikutan ku
Kaabah itu kiblat ku
Sembahyang itu kewajipan ku
Sekelian orang Islam itu saudara ku
Saiyidina Ibrahim itu bapa agama ku
Hidup dan mati ku atas kalimah لآ اله الا الله
Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan
Amin Ya Allah...sesungguhnya KAU sebaik-baik perancang...
Tuesday, 11 November 2014
Tuesday, 4 November 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)