BMM 3083

Perbezaan fonetik dan fonologi


Fonetik
  1. Fonetik merupakan subdisiplin linguistik, iaitu kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya.
  2. Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.
  3. Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori dan fonetik auditori.
  4. Fonetik mengkaji unsur setiap bunyi.
  5. Fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.
manakala Fonologi pula 
  1. Fonologi merupakan subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa iaitu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik.
  2. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya
  3. Kajian ini adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat.
  4. Fonologi merupakan kajian yang berkaitan dengan penelitian pola-pola intonasi
  5. Fonologi menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa

Perbezaan artikulasi dan artikulator


Artikulasi
  1. Artikulasi merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa
  2. Bahagian yang disentuh oleh artikulator
  3. Gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut
  4. Bersifat statik kerana tidak boleh bergerak
manakala Artikulator pula
  1. Artikulator merupakan organ yang menghasilkan bunyi bahasa
  2. Alat yang menyentuh
  3. Lidah, bibir dan gigi bawah
  4. Tidak bersifat statik kerana boleh bergerak

1 comment:

  1. http://aranaz13.blogspot.com/2013/01/perbezaan-fonetik-dan-fonologi.html (3/2/2015)

    ReplyDelete