Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa yang dipilih adalah kemahiran mendengar dan bertutur (Tahun 1).

Standard Kandungan
Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Standard Pembelajaran
Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap sesuatu arahan secara lisan atau gerak laku dengan betul.

Contoh-contoh gambar berkenaan dengan kemahiran lisan:






Contoh-contoh klip video yang menunjukkan berlakunya tindak balas antara penutur dan pendengar (petikan kartun upin ipin):




Contoh audio yang menunjukkan berlakunya tindak balas antara penutur dan pendengar (petikan kartun upin ipin). Untuk mendengar audio berkenaan, sila KLIK DI SINI! dan anda akan disambungkan terus ke audio yang telah dimuat naik dan disimpan dalam laman sesawang www.4shared.com.


Kemahiran bahasa yang dipilih adalah kemahiran mendengar dan bertutur (Tahun 3).

Standard Kandungan
1.3  Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Standard Pembelajaran
1.3.1  Mendengar, memahami, dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis permintaan dan ayat perintah jenis suruhan dengan betul.


Contoh klip video yang menunjukkan berlakunya tindak balas antara penutur dan pendengar (rakaman sendiri). Kebiasaannya, klip video dipaparkan atau ditayangkan semasa fasa persediaan (set induksi) sebelum guru masuk ke tajuk yang sebenar. Untuk pengetahuan umum, video ini dirakam ketika sesi pengajaran mikro Matematik sedang dilaksanakan. Namun, apa yang ingin saya kongsikan adalah bagaimana murid berkenaan memberi respon atau tindak balas berdasarkan ayat perintah yang dinyatakan oleh guru berkenaan. Klip video ini juga diambil menggunakan telefon bimbit sahaja.



Contoh rakaman audio yang menunjukkan berlakunya tindak balas antara penutur dan pendengar (rakaman sendiri). seperti yang semua sedia maklum, tindak balas boleh berlaku dengan dua cara sama ada secara lisan mahu pun secara gerak balas atau tingkah laku seseorang. Untuk mendengar audio berkenaan, sila KLIK DI SINI! dan anda akan disambungkan terus ke audio yang telah dimuat naik dan disimpan dalam laman sesawang www.4shared.com.

3 comments:

  1. Syabas, Cikgu Amril!. Video-video yang dipaparkan di atas itu mendepati dengan kemahian yang ingin disampaikan. Pelajar-pelajar tahap satu mudah memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. video goyang. duduk di satu sudut. rakam guna masa 5-8 saat. jangan move kamera. everything clear. boleh pitam tengok video goyang.

      Delete