Saturday, 30 August 2014

Kemerdekaan 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih menekankan kepada semangat kecintaan terhadap negara apabila ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57
Tema yang dipilih itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat
Difahamkan, tema berkenaan adalah dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Gambar Logo Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57 Dan Tema Keterangan




HAKIKAT KEMERDEKAAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Kemerdekaan sebuah negara adalah nikmat terbesar kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya. Berapa ramai umat dan bangsa yang mendiami dunia ini semenjak daripada dahulu hinggalah sekarang, tidak berhenti-henti bejuang hanyalah untuk sesuatu yang dinamakan kemerdekaan. Tetapi hingga kini, masih ramai dikalangan bangsa yang masih belum kenal erti kemerdekaan. Kehidupan mereka zahir dan batin terbelenggu dalam penjajahan.Segala-galanya disekat dan dijajah termasuklah kehidupan untuk beragama dan tunduk kepada Allah Ta'ala dengan penuh ketenangan.

Berjihad dan berkorban dengan jiwa dan raga untuk memerdekakan negara dari belenggu penjajahan adalah di antara sifat-sifat yang mulia dan disanjung tinggi oleh Islam. Oleh itu, dalam mengenang kembali sejarah kemerdekaan negara kita , generasi yang hidup di zaman ini janganlah melupakan pengorbanan para pejuang kemerdekaan yang telah membuka jalan ini kepada kita. Disebabkan cetusan semangat para pejuang inilah maka kita dapat hidup di zaman ini dan merasai nikmat perjuangan mereka. Justeru itu, sebagai umat yang berhemah tinggi dan berakhlak, kita merasa terpanggil untuk menghormati dan mengenang kembali jasa pahlawan tanah air sama ada yang masih hidup atau yang telah gugur di medan perjuangan.

Kedatangan Islam sendiri ke alam dunia ini membawa mesej dan sifat kemerdekaan. Islam menyeru manusia supaya membebaskan diri dan pemikiran mereka daripada belenggu jahiliah dan kemusyrikan terhadap Allah Ta'ala, membebaskan diri daripada perhambaan dan membebaskan negara daripada cengkaman musuh. 

Islam dalam erti kata kesejahteraan, kedamaian dan keamanan semuanya menjurus kepada maksud kemerdekaan. Hakikat ini dapat kita lihat semasa perkembangan awal Islam di mana Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah membawa kemakmuran kepada Negara Madinah dan memerdekakan Kota Mekah daripada cengkaman kafir Quraisy. Begitu juga perkembangan di zaman Khulafa' ar-Rasyidin  yang banyak memerdekakan negara dari cengkaman kekufuran.

Islam juga yang bersifat merdeka dalam erti kata yang lain bermaksud bebas daripada keruntuhan akhlak dan kemurkaan Allah. Lantaran itu, Islam talah berjaya menyelamatkan tamadun manusia daripada sistem perhambaan, sama ada perhambaan sesama manusia ataupun perhambaan terhadap hawa nafsu yang diselaputi oleh syirik, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan. Seorang penyair Arab yang bernama Ahmad Syauqi berkata dalam syairnya yang bermaksud: "Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"

Justeru itu, umat Islam hendaklah sentiasa berazam untuk membebaskan diri  daripada sifat-sifat yang boleh meruntuhkan wibawa kamanusiaan kerana sifat-sifat yang demikian itu amat dimurkai Allah dan akan hanya menyebabkan manusia terpenjara di bawah arahan nafsu dan telunjuk syaitan. Dan lebih jauh dari itu, kita hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada Allah Ta'ala agar mendapat keredhaanNya dan terlepas daripada siksaan api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu-batan. Inilah dia nilai sebenar kemerdekaan yang diajarkan oleh agama kita.


Wallahu a'lam

Monday, 25 August 2014

Senyum Pagi

(Ya Allah, limpahkanlah keberkatan kepada umatku pada pagi hari mereka).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam meminta kepada Allah dalam doa tersebut agar Allah memberi keberkatan kepada umatnya pada waktu pagi hari mereka. Dan doa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah sebaik-baik doa dan paling berhak untuk Allah kabulkan. Berdasarkan doa ini pula, Shakhr Al Ghamidi,sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang merupakan seorang tajir atau pedagang besar, selalu mengirimkan dagangannya di waktu pagi. Diriwayatkan pula bahawa harta beliau senantiasa bertambah (At-Tirmidzi).

Jika di pagi hari kita tidur, bagaimanakah kita akan meraih keberkatan hari itu? Jika kita pada setiap ujung pekan, kerana alasan istirahat dari kepenatan selama lima hari kerja, kita selalu tidur pagi, berapa banyakkah hari dalam satu bulan di mana kita membuang keberkatannya? jika itu menjadi kebiasaan kita bertahun-tahun, berapa puluh harikah dalam setahun yang kita buang keberkatannya? Dan berapa ratus harikah selama sekian tahun berlangsungnya kebiasaan tidur pagi di hari libur itu, kita membuang keberkahan yang sebenarnya Allah bagikan kepada hamba-hambaNYA?

Jika memang kita termasuk orang yang terbiasa tidur di waktu pagi, kinilah saatnya untuk membuang kebiasaan itu dan meraih keberkatan yang didoakan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bagi umat beliau.

Wednesday, 20 August 2014

Renungan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pengunjung blog cikgu..

Berpesan-pesanlah kamu kepada sesama ummah walaupun sekecil mana kebaikan yang kamu laksanakan...mana tahu kebaikan itu akan bertambah berlipat kali ganda dengan adanya insan-insan yang mempraktikkannya...

Motivasi untuk peringatan diri dan renungan semua. 

  • Jadikanlah yang Lembut itu HATI
  • Jadikanlah yang Tipis itu BENCI
  • Jadikanlah yang Tebal itu IMAN
  • Jadikanlah yang Tajam itu AKAL
  • Jadikanlah yang Baik itu SIFAT
  • Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN.

Semoga hari kita akan lebih baik dan bermakna dari semalam. Aminn!!!



Friday, 15 August 2014

Menuntut Ilmu Sebahagian Dari Jihad

Jihad ternyata bukan hanya dengan berperang mengangkat senjata. Menuntut ilmu agama juga disebut jihad. Bahkan sebahagian ulama berkata bahwa jihad dengan ilmu ini lebih utama daripada dengan senjata. Kerana setiap jihad mesti pula didahului dengan ilmu.
Perkataan Ulama: Menuntut Ilmu Sebahagian dari Jihad
Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata,
“Menuntut ilmu adalah sebahagian dari jihad di jalan Allah kerana agama ini terjaga dengan dua hal iaitu dengan ilmu dan berperang (berjihad) dengan senjata.
Sampai-sampai sebahagian ulama berkata, “Sesungguhnya menuntut ilmu lebih utama daripada jihad di jalan Allah dengan pedang.”
Kerana menjaga syari’at adalah dengan ilmu. Jihad dengan senjata pun harus berbekal ilmu. Tidaklah dapat seseorang berjihad, mengangkat senjata, mengatur strategi, membagi ghonimah (harta rampasan perang), menawan tahanan melainkan harus dengan ilmu. Ilmu itulah dasar segalanya”. (Syarh Riyadhus Sholihin, 1: 108)
Di halaman yang sama, Syaikh Ibnu ‘Utsaimin berkata bahwa ilmu yang dipuji di sini adalah ilmu agama yang mempelajari Al Qur’an dan As Sunnah.
Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz pernah ditanya, “Apakah afdhal saat ini untuk  berjihad di jalan Allah ataukah menuntut ilmu (agama) sehingga dapat bermanfaat pada orang banyak dan dapat menghilangkan kebodohan mereka? Apa hukum jihad bagi orang yang tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya, namun ia masih tetap pergi berjihad?”
Jawab beliau, “Perlu diketahui bahwa menunut ilmu adalah bagian dari jihad. Menuntut ilmu dan mempelajari Islam dihukumi wajib. Jika ada perintah untuk berjihad di jalan Allah dan jihad tersebut merupakan semulia-mulianya amalan, namun tetap menuntut ilmu harus ada. Bahkan menuntut ilmu lebih didahulukan daripada jihad. Kerana menuntut ilmu itu wajib. Sedangkan jihad dianjurkan, (fardhu kifayah). Ertinya jika sebahagian sudah melaksanakannya, maka yang lain gugur kewajibannya. Akan tetapi menuntut ilmu adalah suatu keharusan. Jika Allah mudahkan bagi dia untuk berjihad, maka tidaklah masalah. Boleh ia ikut serta asal dengan izin kedua orang tuanya. Adapun jihad yang wajib saat kaum muslimin diserang oleh musuh, maka wajib setiap muslim di negeri tersebut untuk berjihad. Mereka hendaknya menghalangi serangan musuh tersebut. Termasuk pula kaum wanita hendaklah menghalanginya sesuai kemampuan mereka. Adapun jihad untuk menyerang musuh di negeri mereka, jihad seperti ini dihukumi fardhu kifayah bagi setiap pria.” (Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, 24: 74)
Dalil Pendukung
Ada pun dalil yang mendukung bahwa menuntut ilmu termasuk jihad adalah firman Allah Ta’ala,
وَلَوْ شِئْنَا لَبَعَثْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ نَذِيرًا (51) فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُمْ بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا (52)
Dan andaikata Kami menghendaki benar-benarlah Kami utus pada tiap-tiap negeri seorang yang memberi peringatan (rasul). Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar” (QS. Al Furqon: 51-52). Ibnul Qayyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Surat ini adalah Makkiyyah (turun sebelum Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berhijrah, -pen). Di dalam ayat ini berisi perintah berjihad melawan orang kafir dengan hujjah dan bayan (dengan memberi penjelasan atau ilmu, keranana saat itu kaum muslimin belum punya kekuatan berjihad dengan senjata, -pen). … Bahkan berjihad melawan orang munafik itu lebih berat dibanding berjihad melawan orang kafir. Jihad dengan ilmu inilah jihadnya orang-orang yang khusus dari umat ini yang menjadi pewaris para Rasul.”
Dalam hadith juga menyebutkan bahawa menuntut ilmu adalah sebahagian dari jihad. Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ جَاءَ مَسْجِدِى هَذَا لَمْ يَأْتِهِ إِلاَّ لِخَيْرٍ يَتَعَلَّمُهُ أَوْ يُعَلِّمُهُ فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الْمُجَاهِدِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ وَمَنْ جَاءَ لِغَيْرِ ذَلِكَ فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الرَّجُلِ يَنْظُرُ إِلَى مَتَاعِ غَيْرِهِ
Siapa yang mendatangi masjidku (masjid Nabawi), lantas ia mendatanginya hanya untuk niatan baik iaitu untuk belajar atau mengajarkan ilmu di sana, maka kedudukannya seperti mujahid di jalan Allah. Jika tujuannya tidak seperti itu, maka ia hanyalah seperti orang yang mentilik-tilik barang lainnya.” (HR. Ibnu Majah no. 227 dan Ahmad 2: 418, shahih kata Syaikh Al Albani).
Semoga kita terus semangat berjihad dengan ilmu. Moga Allah beri petunjuk.

Thursday, 14 August 2014

Mutiara Kata

Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan
  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
  • Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
  • Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
  • Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  • Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
  • Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
  • "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  • Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
  • Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
  • Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
  • Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
  • Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
  • Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
  • Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
  • Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
  • Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
  • Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
  • Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
  • Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
  • Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
  • Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
  • Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
  • Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
  • Terseradung bukannya terjatuh.
  • Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
  • Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
  • Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
  • Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
  • Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  • Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
  • Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
  • Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
  • Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
  • Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
  • Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
  • Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
  • Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
  • Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
  • Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
  • Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
  • Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
  • Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
  • Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
  • Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
  • Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
  • Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.