Wednesday 19 November 2014

DOA TAHAJJUD



Ya Allah, Engkau masukkanlah aku kedalam golongan hamba-hamba Mu yang mendapat kurnia dan ganjaran dari kemurahan Mu dan kurniakanlah kepada aku setiap kebaikan yang ada didalamnya.
 Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku, samada dosa yg besar atau yang kecil, samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa aku sengajakan atau kerana kejahilan kami. Ya Allah, terimalah taubat ku sebagai taubat nasuha, sesungguhnya Engkau maha pengasih, maha penyayang lagi maha pengampun.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku,ampunkanlah dosa adik beradik ku, ampunkanlah dosa ahli keluarga ku, ampunkanlah dosa guru-guru ku, ampunkanlah dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon apa yang telah dipohon oleh Rasulullah saw dan aku meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw.
Ya Allah, aku pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa aku kearahnya. Selamatkanlah aku Ya Allah dari sebab-sebab yang boleh membawa aku ke neraka.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sahajalah yang mengetahui segala kelemahan diri ku zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku, supaya aku dapat memperbaiki diri ku, tambahkanlah Ya Allah kepada ku ilmu, iman dan amal, hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam…
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, keluarga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati ku, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati ku, selamatkanlah hati ku ini dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah aku dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati ku.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan KerajaanMu dan masa depan ku di akhirat nanti.
Ya Allah, jadikanlah aku ini hamba Mu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya, berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala apa yang Engkau perintahkan dan meninggalkan segala apa yang Engkau larang.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari masa depan ku di akhirat nanti dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan ku selepas mati...
Ya Allah, Engkau hidupkanlah aku dalam iman dan matikanlah aku dalam iman, selamatkanlah iman ku dari segala gangguan syaitan semasa aku menghembuskan nafas yang terakhir.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur ku salah satu taman dari taman-taman Syurga, selamatkanlah aku ya Allah dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur ku itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah aku ya Allah semasa berada di Padang Mahsyar dan masukkanlah aku ke dalam  golongan orang yang mendapat bayangan naungan ‘Arasy Mu.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku dan maafkanlah kesilapan ku zahir dan batin. Semasa aku dijalankan hisab, hisabkanlah aku ya Allah dengan hisab yang paling ringan, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku Nabi Muhammad saw.
Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.
Ya Allah, berilah kesempatan kepada ku meminum air dari telaga  al Kauthar, selamatkanlah aku ya Allah semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.
Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam Syurga Mu, bersama-sama orang-orang yang memasuki ke dalamnya.
Ya Allah, perkenankanlah permohonan ku ini ya Allah, mustajabkanlah doa ku ini dengan berkat nabi ku Nabi Muhammad saw dan dengan berkat amalan ku yang  ikhlas.
Ya Allah, Jadikanlah aku dari kalangan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketetapan Mu, sentiasa bersyukur diatas setiap nikmat pemberian Mu  dan sentiasa bersabar diatas setiap ujian Mu sehingga aku tidak meminta Engkau segerakan pekara yang Engkau kemudiankan dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau segerakan.
 Ya Allah, janganlah Engkau bebankan aku dengan ujian Mu yang aku tidak mampu memikulnya. Ampunkanlah aku, rahmatilah aku dan kasihanilah aku.

Ya Allah, Engkau tetapkanlah I’tikad ku bahawa
Allah Tuhan ku.
Muhammad itu utusan Allah dan nabi ku
Islam itu agama ku
Al-Quran itu panduan dan ikutan ku
Kaabah itu kiblat ku
Sembahyang itu kewajipan ku
Sekelian orang Islam itu saudara ku
Saiyidina Ibrahim itu bapa agama ku
Hidup dan mati ku atas kalimah لآ اله الا الله

Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan
 Sesungguhnya aku mengaku bahawa mati itu benar, masuk kedalam lubang kubor itu benar, bertemu munkar dan nakir itu benar, soal kubor itu benar, ditimbang amal baik dan amal jahat itu benar, nikmat dan seksa kubor itu benar, syurga dan neraka itu benar serta hari kiamat itu pasti datang
 Ya Allah, pada Engkau aku serahkan hidup dan mati ku. Engkau lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



 Amin Ya Allah...sesungguhnya KAU sebaik-baik perancang...

Tuesday 4 November 2014

Nota BMM 3053

nota BM berbantukan komputer 1
nota BM berbantukan komputer 2
nota BM berbantukan komputer 3

Alat Pengarangan

Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
      Alat pengarangan merupakan alat bertanggungjawab untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan. Selain itu, juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Jenis-jenis alat pengarangan
i)    Perisian Alat pengarangan
ii)   Linkway
iii)  Language Plus
iv)  Scala
v)  Toolbook
vi)  Authorware
vii) ComIL

Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan. (langkah2)

i. Mengumpul maklumat atau bahan dari internet
ii. Masukkan maklumat dalam alat pengarangan
iii. Memulakan semakan maklumat dan bahan dari internet
iv. Memadam maklumat yang tidak berkaitan.
v. Simpan data

Perspektif Alat Pengarangan
1. ALATAN (TOOLS)
Pakej perisian yang mengarang produk multimedia.
Termasuk pengaturcaraan (C++) dan perisian grafik (Photoshop).

2. PRODUK (ATAU APLIKASI)
Hasil dari gabungan kandungan/prosedur dengan menggunakan alat pengarangan.

3. PEMBANGUN
Pengaturcara (programmer), pengarang (author) multimedia dan pereka (designer) produk multimedia.

4. PENGGUNA
Pelanggan yang menggunakan produk multimedia.

Aplikasi Penyuntingan Bahan Bahasa Melayu dengan Menggunakan Alat Pengarangan

Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah berikut tersebut ialah :
(i) Mengumpul bahan dari Internet 
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan 
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan 
(v) Simpan maklumat atas talian


Jenis-jenis Alat Pengarangan

i) Adobe Flash Player
ii) Microsoft Office Word
iii) Blogger
iv) COMIL


Kriteria Pemilihan Alatan

FUNGSI
Pemahaman yang lengkap bagaimana produk akan terhasil, selalunya bergantung kepada pandangan dari pengguna.

KANDUNGAN
Format, bilangan atau jenis data yang akan digunakan di dalam produk tersebut.

PERKAKASAN
Platform perkakasan yang dijangka untuk ‘run’ produk.
Ia juga meliputi keperluan paparan dan juga kemudahan audio dan video.

PERISIAN
Keperluan perisian seperti system pengendalian (operating system) ataupun antara muka dengan perisian lain seperti pangkalan data.

PERSEMBAHAN
Kelajuan dan keberkesanan yang dijangka semasa menggunakan produk.
Selalunya memerlukan ruang storan yang besar kerana menyimpan data yang terdiri dari pelbagai media.


ANTARA MUKA PENGGUNA
‘screen layout’, persembahan data, kedudukan kawalan dan visual kepada pengguna.
Antara muka pengguna bergantung kepada kebolehan pengguna itu sendiri.
Jadi, pembangun perlu tahu setakat mana pengetahuan atau kemahiran pengguna.
Jika pengguna kurang mempunyai pengetahuna komputer, antaramuka mestilah mudah dan ringkas.

PANGKALAN DATA
Pembangun perlu tentukan samada produk memerlukan pangkalan data atau tidak.
Ini selalu bergantung kepada bilangan data yang perlu disimpan di dalam produk.

‘MAINTENANCE AND UPDATE’
Kebanyakan produk multimedia sentiasa berubah dan dikemaskini kandunganya.

Maka ia memerlukan sokongan sepanjang masa supaya pengguna tidak bertukar ke produk yang lain

Semalam Yang Mendatang

Dengan usia yang semakin meningkat tatkala itulah fikiran ini resah gelisah. Adakah cukup amalan seharianku? Adakah aku terlalu asyik dengan segala kebendaan dunia? Adakah detik ini merupakan titik tolak bagi ku untuk berubah ke arah yang lebih baik? Ya Allah..tabahkanlah hati hambaMu ini, bagi mengharungi detik2 kehidupan yang penuh dengan godaan dan cabaran. Wahai semangat2 juang yang berada disisiku...kau merupakan semangat untukku meneruskan cabaran ini...kehadiranmu dalam hidupku menyerikan lagi suasana kehidupan yang ku lalui ini...Ya Allah...Kau berikanlah ketabahan hati untuk setiap insan yang berada disisiku ini...Amin...



Monday 13 October 2014

Pembelajaran Abad Ke-21



Pengenalan

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketerampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja.

Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.

Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-
•        kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
•        kemahiran berkomunikasi secara berkesan
•        kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
•        kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
•        kemahiran mencari, menginterpretasikan dan mengaplikasikan maklumat
•        kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
•        kemahiran kepimpinan dan pengurusan

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas. Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu.  Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Pelajar abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti :
  • ·   Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang dipelajari dengan keadaan sekeliling.
  • ·         Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
  • ·         Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah.
  • ·         Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.
  • ·         Dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
  • ·         Mempunyai perasaan ingin tahu.
  • ·         Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
  • ·         Tidak pernah berputus asa.
  • ·         Sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi P&P dijalankan.
  • ·         Berkemahiran kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi.
  • ·         Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
  • ·         Pelajar abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain dan berusaha untuk membuat  perubahan.
  • ·         Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar bilik darjah.
  • ·    Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad ke 21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut:
  • ·         Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan terhadap kandungan kurikulum.
  • ·         Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
  • ·         Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.
  • ·         Memahami psikologi pembelajaran iaitu “Cognitive Psychology”.
  • ·         Memiliki kemahiran kaunseling.
  • ·         Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, dan cakera padat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

(a) Teknologi Maklumat/Komputer
Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti internet atau multimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.

Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer berupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. 

(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar                   
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat.

Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.

Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

(c) Pendidikan Jarak Jauh
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut:
•    Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu)
•    Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer
•    Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar
•    Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu
•    Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur modular
•    Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang
     jelas, alat ujian kendiri, aktiviti pembelajaran dan maklum balas pelajar.

(d) Pendekatan Modular
Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan.
Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.

(e) Mastery Learning
Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesuatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran.

(f) 'Tracking' dan 'Banding'
Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2.

(g) Sistem Kredit
Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan.

PENILAIAN
Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut
a)    Penilaian Berasaskan Sekolah
b)   Penilaian Berterusan
c)    Penilaian Berasaskan Elemen Subjek
d)    Penilaian Proses di samping Penilaian Hasil
e)    Authentic Assessment
f)     Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
g)    Bench Marking
h)    Ujian/ Peperiksaan Secara Online

PENUTUP
Perlu ditegaskan bahawa apa pun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru, penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak swasta, ibu bapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.


Sunday 28 September 2014

Pengurusan Tingkah Laku

Definisi dan konsep pengurusan tingkah laku
Adakah bidang pengurusan tingkah laku sesuatu yang baru bagi anda? Jika ya, sila teliti maklumat yang diberikan agar anda mengetahui apa itu tingkah lkaku dan pengurusan tingkah laku, khususnya bagi murid-murid pemulihan.
Pada umumnya hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa;
Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa.
“ Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku baru yang lebih positf jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan sistematik.”
“Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu”
(Bear, Wolf and Risley, 1968)
“Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku.”
(Kamus Dewan, 1979)

Manakala modifikasi atau pengubahsuaian pula adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku sasaran. Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku diingini.

Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut;
  • perancangan yang rapi
  • tentukan individu atau kumpulan
  • teknik intervensi yang berkesan
  • penilaian secara objektif
Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid pemulihan sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan, iaitu;
  • setiap murid adalah unik
  • tiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid
  • proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid (aspek kognitif, afektif, dan psikomotor murid saling berkait).
Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana pelaksana:
i. memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa;
ii. kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran;
iii. tentukan objektif tingkah laku baru; dan
iv. bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku semasa melalui manipulasi antecedent dan consequences yang telah dikenal pasti.
Zirpoli &Melloy (1993)

2.1.2 Perspektif sejarah
Pada peringkat awal para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku individu itu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman sepeerti genetik, kandungan kimia dalam badan, dan pengalaman singkat tentang sesuatu yang menyebabkan individu berkelakuan demikian.
Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang sesorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Umumnya hasil kajian tingkah laku menunjukan bahawa:

”Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru oleh dipelajari sepanjang masa.”
”Tingkah laku yang tidak sesuai seperti agresif atau tingkah laku suka merosakkan harta benda boleh di diubah kepada tingkah laku baru jika individu itu diberi pengajaran.”

Menurut Hewett & Forness (1984) dalam Walker & Shea (1995) tingkah laku seseorang itu, sama ada terhadap dirinya dan juga orang lain adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
i. Keperluan dan kehendak untuk bertahan (survival) dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra.
ii. Kepercayaan kepada khurafat / tahyul, atau keperluan untuk bertindak balas terhadap sesuatu yang tidak diketahui.
iii. Kepercayaan kepada sains, atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis, dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui.
iv. Perkhidmatan, atau keperluan membantu, membimbing, mengawal, dan mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.

2.1.3 Model pengurusan tingkah laku
i. Psikodinamik
Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatanintrapsychic. Melalui perspektif psikodinamik, perkembangan personailiti terjadi semasa kanak-kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual(oral stage, anal stage, phallic, latency, genital).

ii. Biofizikal
Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu.

iii. Persekitaran
Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu boleh mengelakkan fenomena tingkah laku itu berlaku.

iv. Behavioral
Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor-faktor luaran di sekelilingya.

2 Langkah-langkah mengenal pasti
Sebelum anda mengambil langkah-langkah untuk menjalankan program tingkah laku, anda perlu mengetahui terlebih dahulu jenisijenis tingkah laku dan punca tingkah laku ditunjukkkan.

2.2.1 Jenis-jenis tingkah laku bermasalah
Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah dan tingkah laku bermasalah negatif.

· Tingkah laku bermasalah positif
Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya.
Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.
· 
Tingkah laku bermasalah negatif
Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain.
Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut:

i. disruptif
Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di lauar kelas dan juga di rumah.

ii. Pergantungan berlebihan
Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.

iii. Agresif
Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun dan sebagainya.

iv. Distuktif
Perlakiuan ynag suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

v. Kebimbangan
Perasaan kuranhg senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidakmenggembirakan yang dialami oleh seseorang .

vi. Pengasingan diri
Suka menjauhkan diri daripada orang lain yangh kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

vii. Ponteng sekolah
Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan.

viii. Enggan ke sekolah
Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.

ix. Mencuri
Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.

2.2.2 Punca salah laku
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.
i. persekitaran
ii. tekanan psikologikal
iii. ketakutan dan fobia
iv. peneguhan yang kurang sesuai
v. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
vi. kesukaran tugasan
vii. aktiviti dan tahap rangsangan
viii. kesihatan dan perubatan
ix. jangkaan tingkah laku

Faktor persekitaran
Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dll.

Tekanan psikologi
Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.

Ketakutan dan fobia
Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasukjuga takut tehadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian tetapi melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini akan menyebabkan bahaya seperti berlari melintasi jalan raya kerana takutkan anjing.

Peneguhan yang kurang sesuai
Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.

Kemahiran komunikasi dan sosial yangt terhad
Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi denan baik.

Kesukaran tugasan
Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Aktiviti dan tahap rangsangan
Kekurangan aktiiviti yang membina akan menyebabkan berlakuknya masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Kesihatan dan perubatan
Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kuranbg sesuai.

Jangkaan tingkah laku
Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkahb laku kanak-kanak-kanak dan mmebiarkannya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidakmboleh diubah lagi (the way he/she is).

2.2.3 Kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran
Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah jelas, antaranya adalah:
i. murid tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru
ii. mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran
iii. sukar memahami pengajaran guru
iv. gagal menyiapkan tugasan yang diberi
v. enggan bekerjasama dengan rakan dalam aktiviti berkumpulan

Prinsip-prinsip asas mengurus tingkah laku
Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam
bidang tersebut. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.

2.3.1 prinsip peneguhan
Peneguhan sangat penting untuk mengekal, meningkat, atau mengurangkan tingkah laku. Dalam membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan.
Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yg dapat meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakiuan pada masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh murid.
  • Jenis-jenis peneguh :
i. tangible - makanan /minuman (edible)
- barangan seperti mainan dan permainan (non- edible)
ii. sensory - sentuhan (tactile), penggetar (vibratory) , wangian (olfactory), visual, auditory
iii. sosial - pujian, senyum, beri perhatian, kontak mata, tepukan, sentuhan, pelukan
iv. aktiviti - lawatan, ambil bahagian, mewarna, menonton televisyen, dll
· Jadual peneguhan

Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut adual berikut:
i. ‘Contigent’ – diberi setiap kali tingkah laku yang diingini (tingkah laku sasaran) ditunjukkan untuk mengekalkan tingkah laku tersebut
ii. ‘Continuous’ – diberikan kepada setiap tindak balas yang murid berikan.
Kebiasaannya pada awal program untuk membentuk/melatih perlakuan baru
iii. ‘Intermitten’ – diberi secara berkala tanpa dijangka, bukan kepada setiap perlakuan berlaku.
iv. Penjadualan nisbah (ratio schedules)
a. ‘Fixed ratio’ - penjadualan tetap nisbah perlakuan (bilangan)
b.’ Variable ratio’ – bilangan perlakuan yang berbeza dalam tempoh tertentu (masa)
c.’ Fixed interval’ – penentuan jangka masa yang tetap (setiap 10 min)
d. ‘Variable interval’ – penentuan jangka masa yang tidak tetap (9,4,9,15,13 min)

2.3.2 Prinsip pengurusan tingkah laku
Dalam melaksanakan program tingkah laku, guru perlu memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku berikut:
  • semua tingkah laku dipelajari
  • semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus
  • tingkah laku boleh diajar dan diubah
  • matlamat perlu jelas dan khusus
  • program perlu secara individu
  • program perlu fokus masa kini (semasa)
  • program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak
Langkah-langkah dalam proses perubahan tingkah laku
Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.

2.4. 1 Memilih tingkah laku sasaran
Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan.

Panduan memilih tingkah laku sasaran:
i. Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa.
· Masalah yang membahayakan diri dan orang lain
· Masalah yang boleh mengganggu pembelajarannya dan murid lain
· Masalah yang membahayakan keselamatan diri dan murid lain
· Masalah yang tidak sesuai dengan umurnya
· Masalah yang terlalu kerap berlaku
· Masalah yang terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu
· Masalah yang menyebabkan murid lain menjauhkan diri daripada berinteraksi dengannya
(Zirpoli & Mellow, 2001)

ii. Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan:
· Jenis tingkah laku
· Kekerapan berlaku
· Jangka masa berlaku
· Tahap keterukan
· Jumlah keseluruhan tingkah laku

iii. Pertimbangkan kemungkinan arah perubahan sama ada meningkat atau mengurang.

iv. Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian.

v. Pastikan tingkah laku dapat diukur perlakuannya.

vi. Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis.

2.4.2 Mengumpul dan merekod data
Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak diubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai ’baseline data’.

Tujuan mengumpul data:
i. Mengetahui jumlah tingkah laku tersebut dalam sehari.
ii. Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku.
iii. Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak / bentuk tertentu.
iv. Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.

Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknik-teknik berikut:
· Rekod naratif
· Rekod anekdot
· Rekod naratif Berterusan
· Rekod kejadian (Event recording)
· Rekod kekerapan
· Rekod jangka masa (Duration)
· Rekod had masa (Interval)
· Rekod sampel masa

2.4.3 Melaksana intervensi
Setelah guru mengumpul segala maklumat (baseline data) tentang tingkah laku muridnya, barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah laku tersebut. Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diberil perhatian dahulu, iaitu:

i. Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?
ii. Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?
iii. Bila tingkah laku itu berlaku?
iv. Kekerapan tingkah laku itu berlaku.
v. Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?
vi. Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?

Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri, keterukan, dan corak tingkah laku itu itu berlaku. Dari sinilah guru dapat merancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Progam intervensi dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku yang dibincangkan dalam tajuk berikutnya.

Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa, iaitu:
i. Fasa pra intervensi
ii. Fasa intervensi
iii. Fasa selepas intervensi

Fasa pra intervensi
Dikenali sebagai ”baseline period”, iaitu guru akanmengumpul semua maklumat tentang tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarang inbtervensi . Rekod baseline data ini akan djadikan perbandingan dengan rekod baseline data selepas intervensi.

Fasa intervensi
Setelah guru berpuas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra intervensi, guru boleh memulakan program intervensi yang dirancangkan. Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah laku tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi terdahulu) ke dalam geraf bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankan sekiurangh-kurangnya selama dua minggu.

Fasa selepas intervensi
Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah laku murid akan terus diperhati dan direkodkan ke dalam bahagian geraf fasa selepas intervensi.

2.4.4 Menilai keberkesanan intervensi
Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti rekod baseline data. Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline data yang kedua. Gambaran rekod penilaian intervensi adalah seperti berikut.
Kekerapan
30



25
20.....
15....
10...
5.....
0...

Hari I S R K J I S R K J I S R K J I S R K J
__Baseline data 1__ ______________ Intevensi ______________ __Baseline data 2 _
(Fasa pra intervensi) (Fasa intervensi ) (Fasa selepas Intervensi)
Baseline data 2 merupakan pemerhatian susulan selepas program intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan intervensi susulan setetrusnya dengan mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain.

Strategi dan prosedur pengurusan tingkah laku

2.5.1 Meningkatkan
Tingkah Laku
· Peneguhan positif
· Peneguhan negatif
· Pembentukan (shaping)
· Kontrak
· Ekonomi token
· Modeling
· Rantaian (chaining)
· Pengaburan/pelunturan (fading)

2.5.2 Mengurangkan
Tingkah Laku
· Penghapusan (extinction)
· ’time-out’
· Kejemuan (satiation)
· Hukuman/dendaan
· disensitisasi
· ’overcorrection’
· ’Response cost”

2.5.3 Strategi pengurusan
tingkah laku mengikut
model
· biofizikal
· psikodinamik
· behavioral
· persekitaran

Senarai penerangan makna bagi sesuatu konsep.
· Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diberi fungsi untuk menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah negara.
· Bahasa Rasmi
Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan-urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan.
· Bahasa Perpaduan
Bahasa perpaduan ialah satu bahasa yang digunakan dalam sesebuah negara bagi tujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum (majmuk).
· Bahasa Pengantar
Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan di peringkat sekolah rendah hingga peringkat institusi pengajian tinggi.
· Bahasa Ilmu
Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah dan di institusi-institusi pengajian tinggi.
· Bahasa Komunikasi
Bahasa komunikasi ialah bahasa yang digunakan untuk berhubung dalam pelbagai bentuk dan situasi.

2.6ISU DAN ETIKA
2.6.0 Pengenalan
Dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku kita mestilah sentiasa ingat bahawa tindakan yang diambil tidak melanggar etika dan hak asasi kanak-kanak.

2.6.1 Hak asasi kanak-kanak
Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tiga prinsip sebagai panduan:
i. Normalisasi
Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas merasa kehadiran mereka hampir senormal mungkin. Perkara yang perlu diberikan perhatian:
· Persekitaran sebenar kanak-kanak.
· Persamaan dan perbezaan di kalangan berbagai kumpulan dalam masyarakat.
· Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan, dan ketidak upayaan.

ii. Keadilan
Prinsip keadilan berlandaskan ’due process’ yang mengkehendaki setiap tindakan memfokuskan kepada kebajikan kanak-kanak. Contoh tindakan yang tidak adil:
· Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara sistematik.
· Menempatkan murid secara sebarangan tanpa usaha membantu.
· Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.

iii. Penghormatan
Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak seseorang untuk dilayan sebagai manusia dan bukan seperti haiwan atau hanya statistik. Contoh tindakan yang salah:
· Hukuman fizikal (tampar, ketuk-ketampi)
· Hukuman psikologi (menyindir, memarahi, memberi gelaran)
· Pengabaian (menyekat kanak-kanak daripada peluang untuk berjaya)
· Pemisahan (salah penempatan di kelas khas)
· Pengasingan (penggunaan ’timeout’ secara tidak konsisten dan lama
· Pengubatan (salah guna ubat kawalan)
· Hukuman kejam (sekatan, renjatan elektrik)

2.6.2 Penglibatan ibu bapa
i. reaksi ibu bapa
· redha dan bersyukur
· keliru – akibatnya timbul berbagai reaksi
- salah diri
- tidak gembira / murung
- rasa bersalah
- penafian
- menyalahkan orang lain
- menarik diri
- mengelak diri
- pemarah dan memencilkan diri
- bermusuhan
- terlalu mengharap
- kecewa
· tidak dapat terima sama sekali.

ii. keperluan latihan
Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa depan anak-anak mereka, oleh itu mereka perlu diberi pendedahan berikut:
· cara menguruskan anak yang bermasalah / kurang upaya.
· penerangan pakar perub atan / psikologi / kaunseling dsb.
· perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya.
· peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan, pendidikan / latihan dsb.

iii. hubungan rumah dengan sekolah
Para pelaksana perlulah berusaha menarik Ibu bapa untuk melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka faham dan dapat sama-sama terlibat. Mereka juga boleh meneruskan aktiviti yang dijalankan dirumah supaya ada kesinambungan.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu konsep.
· Normalisasi
Terma falsafah yang bermaksud memberi hak dan peluang kepada mereka yang berkeperluan khas untuk menikmati peluang pendidikan dan kehidupan sesempurna mungkin.
· Due process’
Terma perundangan yang bermaksud hak untuk didengari sama ada daripada mereka yang berkeperluan khas sendiri, kaum keluarga mereka dan juga orang yang diperturunkan kuasa.

sumber : Modul Pengurusan Tingkah Laku KPLI SR Pendidikan Pemulihan (BPG 2007)