Wednesday, 19 November 2014

DOA TAHAJJUD



Ya Allah, Engkau masukkanlah aku kedalam golongan hamba-hamba Mu yang mendapat kurnia dan ganjaran dari kemurahan Mu dan kurniakanlah kepada aku setiap kebaikan yang ada didalamnya.
 Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku, samada dosa yg besar atau yang kecil, samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa aku sengajakan atau kerana kejahilan kami. Ya Allah, terimalah taubat ku sebagai taubat nasuha, sesungguhnya Engkau maha pengasih, maha penyayang lagi maha pengampun.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku,ampunkanlah dosa adik beradik ku, ampunkanlah dosa ahli keluarga ku, ampunkanlah dosa guru-guru ku, ampunkanlah dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon apa yang telah dipohon oleh Rasulullah saw dan aku meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw.
Ya Allah, aku pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa aku kearahnya. Selamatkanlah aku Ya Allah dari sebab-sebab yang boleh membawa aku ke neraka.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sahajalah yang mengetahui segala kelemahan diri ku zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku, supaya aku dapat memperbaiki diri ku, tambahkanlah Ya Allah kepada ku ilmu, iman dan amal, hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam…
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, keluarga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati ku, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati ku, selamatkanlah hati ku ini dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah aku dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati ku.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan KerajaanMu dan masa depan ku di akhirat nanti.
Ya Allah, jadikanlah aku ini hamba Mu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya, berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala apa yang Engkau perintahkan dan meninggalkan segala apa yang Engkau larang.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari masa depan ku di akhirat nanti dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan ku selepas mati...
Ya Allah, Engkau hidupkanlah aku dalam iman dan matikanlah aku dalam iman, selamatkanlah iman ku dari segala gangguan syaitan semasa aku menghembuskan nafas yang terakhir.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur ku salah satu taman dari taman-taman Syurga, selamatkanlah aku ya Allah dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur ku itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah aku ya Allah semasa berada di Padang Mahsyar dan masukkanlah aku ke dalam  golongan orang yang mendapat bayangan naungan ‘Arasy Mu.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku dan maafkanlah kesilapan ku zahir dan batin. Semasa aku dijalankan hisab, hisabkanlah aku ya Allah dengan hisab yang paling ringan, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku Nabi Muhammad saw.
Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.
Ya Allah, berilah kesempatan kepada ku meminum air dari telaga  al Kauthar, selamatkanlah aku ya Allah semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.
Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam Syurga Mu, bersama-sama orang-orang yang memasuki ke dalamnya.
Ya Allah, perkenankanlah permohonan ku ini ya Allah, mustajabkanlah doa ku ini dengan berkat nabi ku Nabi Muhammad saw dan dengan berkat amalan ku yang  ikhlas.
Ya Allah, Jadikanlah aku dari kalangan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketetapan Mu, sentiasa bersyukur diatas setiap nikmat pemberian Mu  dan sentiasa bersabar diatas setiap ujian Mu sehingga aku tidak meminta Engkau segerakan pekara yang Engkau kemudiankan dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau segerakan.
 Ya Allah, janganlah Engkau bebankan aku dengan ujian Mu yang aku tidak mampu memikulnya. Ampunkanlah aku, rahmatilah aku dan kasihanilah aku.

Ya Allah, Engkau tetapkanlah I’tikad ku bahawa
Allah Tuhan ku.
Muhammad itu utusan Allah dan nabi ku
Islam itu agama ku
Al-Quran itu panduan dan ikutan ku
Kaabah itu kiblat ku
Sembahyang itu kewajipan ku
Sekelian orang Islam itu saudara ku
Saiyidina Ibrahim itu bapa agama ku
Hidup dan mati ku atas kalimah لآ اله الا الله

Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan
 Sesungguhnya aku mengaku bahawa mati itu benar, masuk kedalam lubang kubor itu benar, bertemu munkar dan nakir itu benar, soal kubor itu benar, ditimbang amal baik dan amal jahat itu benar, nikmat dan seksa kubor itu benar, syurga dan neraka itu benar serta hari kiamat itu pasti datang
 Ya Allah, pada Engkau aku serahkan hidup dan mati ku. Engkau lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



 Amin Ya Allah...sesungguhnya KAU sebaik-baik perancang...

Tuesday, 4 November 2014

Nota BMM 3053

nota BM berbantukan komputer 1
nota BM berbantukan komputer 2
nota BM berbantukan komputer 3

Alat Pengarangan

Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
      Alat pengarangan merupakan alat bertanggungjawab untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan. Selain itu, juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Jenis-jenis alat pengarangan
i)    Perisian Alat pengarangan
ii)   Linkway
iii)  Language Plus
iv)  Scala
v)  Toolbook
vi)  Authorware
vii) ComIL

Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan. (langkah2)

i. Mengumpul maklumat atau bahan dari internet
ii. Masukkan maklumat dalam alat pengarangan
iii. Memulakan semakan maklumat dan bahan dari internet
iv. Memadam maklumat yang tidak berkaitan.
v. Simpan data

Perspektif Alat Pengarangan
1. ALATAN (TOOLS)
Pakej perisian yang mengarang produk multimedia.
Termasuk pengaturcaraan (C++) dan perisian grafik (Photoshop).

2. PRODUK (ATAU APLIKASI)
Hasil dari gabungan kandungan/prosedur dengan menggunakan alat pengarangan.

3. PEMBANGUN
Pengaturcara (programmer), pengarang (author) multimedia dan pereka (designer) produk multimedia.

4. PENGGUNA
Pelanggan yang menggunakan produk multimedia.

Aplikasi Penyuntingan Bahan Bahasa Melayu dengan Menggunakan Alat Pengarangan

Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah berikut tersebut ialah :
(i) Mengumpul bahan dari Internet 
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan 
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan 
(v) Simpan maklumat atas talian


Jenis-jenis Alat Pengarangan

i) Adobe Flash Player
ii) Microsoft Office Word
iii) Blogger
iv) COMIL


Kriteria Pemilihan Alatan

FUNGSI
Pemahaman yang lengkap bagaimana produk akan terhasil, selalunya bergantung kepada pandangan dari pengguna.

KANDUNGAN
Format, bilangan atau jenis data yang akan digunakan di dalam produk tersebut.

PERKAKASAN
Platform perkakasan yang dijangka untuk ‘run’ produk.
Ia juga meliputi keperluan paparan dan juga kemudahan audio dan video.

PERISIAN
Keperluan perisian seperti system pengendalian (operating system) ataupun antara muka dengan perisian lain seperti pangkalan data.

PERSEMBAHAN
Kelajuan dan keberkesanan yang dijangka semasa menggunakan produk.
Selalunya memerlukan ruang storan yang besar kerana menyimpan data yang terdiri dari pelbagai media.


ANTARA MUKA PENGGUNA
‘screen layout’, persembahan data, kedudukan kawalan dan visual kepada pengguna.
Antara muka pengguna bergantung kepada kebolehan pengguna itu sendiri.
Jadi, pembangun perlu tahu setakat mana pengetahuan atau kemahiran pengguna.
Jika pengguna kurang mempunyai pengetahuna komputer, antaramuka mestilah mudah dan ringkas.

PANGKALAN DATA
Pembangun perlu tentukan samada produk memerlukan pangkalan data atau tidak.
Ini selalu bergantung kepada bilangan data yang perlu disimpan di dalam produk.

‘MAINTENANCE AND UPDATE’
Kebanyakan produk multimedia sentiasa berubah dan dikemaskini kandunganya.

Maka ia memerlukan sokongan sepanjang masa supaya pengguna tidak bertukar ke produk yang lain

Semalam Yang Mendatang

Dengan usia yang semakin meningkat tatkala itulah fikiran ini resah gelisah. Adakah cukup amalan seharianku? Adakah aku terlalu asyik dengan segala kebendaan dunia? Adakah detik ini merupakan titik tolak bagi ku untuk berubah ke arah yang lebih baik? Ya Allah..tabahkanlah hati hambaMu ini, bagi mengharungi detik2 kehidupan yang penuh dengan godaan dan cabaran. Wahai semangat2 juang yang berada disisiku...kau merupakan semangat untukku meneruskan cabaran ini...kehadiranmu dalam hidupku menyerikan lagi suasana kehidupan yang ku lalui ini...Ya Allah...Kau berikanlah ketabahan hati untuk setiap insan yang berada disisiku ini...Amin...